falsampah yang popular
Written by san on June 29, 2009 166 viewsSaya hairan tapi tidaklah hairan sangat seperti orang yang terkejut kehairanan. Ok, saya hairan mengapa tiba-tiba seorang budak lelaki membenci seorang manusia lain dan menganggapnya sebagai musuh setiap kali bersemuka dengan manusia lain yang tidak sebangsa dengannya? Dari mana datangnya falsampah yang mereka pelajari itu?
Apabila di tanya, kanak-kanak ini ternyata telah di ajar bagaimana untuk membenci orang yang tidak sebangsa dengan dia. Dia di ajar untuk membenci sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apakah sebabnya dia membenci orang. Anda tentu bertanya di mana kanak-kanak ini membenci orang? Ada di mana-mana, dikiri, belakang, kanan dan depan.
Kebencian apabila dipupuk sejak dari kecil akan menjadi seorang yang pembengis dan ganas, kadang-kadang boleh menghancurkan keluarga sendiri. Membenci bukan satu cara yang terbaik untuk mendidik kanak-kanak. Mengapa kita harus membenci orang lain? Mengapa kita harus memberikan mereka minda bom yang mereka sendiri tidak tahu maknanya?
Keberangkalian daripada kajian ini menunjukkan bahawa Kebencian yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas menyebabkan mereka cenderung melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlaknya sendiri. (Ini kajian saya lah)
Apabila kanak-kanak ini membesar, saya pasti dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus membenci orang lain dan menganggap orang lain yang tidak sebangsa sebagai musuhnya? Musuh dalam keluarganya, musuh didalam bangsanya sendiri?
Seandainya keadaan ini berterusan, apabila anak itu mulai meningkat dewasa, tentangan atau cabaran yang harus dia hadapi nanti ialah bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan orang terpelajar yang lebih berdisiplin daripadanya apabila dia bersekolah di peringkat yang lebih tinggi?
Mendalami agama bukan bertujuan untuk mengetahui dan menciptakan jurang perbezaan di antara kedua-dua bangsa melainkan untuk mengasihi sesama manusia ciptaan Tuhan. Apakah jenis tuhan yang dianuti sehingga mengajar manusia membenci sesama, membenci yang bukan daripada kalangan bangsanya sendiri?
Kalau kita memberikan pendidikan benci kepada anak kita sedemikian, apabila dia membesar bagai juara nanti akan membesar sebagai pembengis.
Apabila dia berada di negara orang lain dan melihat keadaan sebenar yang berlaku, dia akan mulai menghianati ibubapanya atau orang yang memberikan pengajaran kepadanya.
Mengapa? Berlaku sedemikian? Ini kerana semasa dia menerima pendidikan didalam negara, dia di ajar membenci bangsa lain tetapi apabila dia belajar di luar negara, dia dapat melihat sendiri betapa orang yang berada di luar negara (yang dia benci selama ini) lebih menyayangi dia dan orang yang ada di luar negara itu langsung tiada perasaan benci kepadanya.
Inikah yang di namakan sebagai perpaduan? Perpaduan yang bagaimana yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia? Perpaduan untuk satu bangsa atau perpaduan untuk satu fikiran sahaja?
Jika wujud perpaduan untuk bangsa sahaja, maka masa depan yang mungkin terjadi kepada generasi yang akan datang akan menjadi lebih teruk dan kita pasti akan menganggapnya sebagai dunia terbalik, dunia semakin tua dan sebagainya, yang penting berkaitan tentang dunia, seperti yang saya katakan sebelumnya tetapi yang benarnya, manusia yang di anggap sudah 100% dunia itu menjadi jahat.
Apapun pendapat yang saya utarakan didalam blog ini hanya imbasan idea yang keluar secara spontan didalam fikiran saya. Terima kasih kerana membaca.
3:37 pm on June 29th, 2009
tu la tu kalau dari kici suda kena ajar jadi racist…and yet ppl nowadays were complaining there is racism as such….
san Reply:
June 29th, 2009 at 5:09 pm
Yes..keruntuhan akhlak bermula dari racist. Susah mau control ni racist kalau tiada kesedaran sendiri..
12:59 am on June 30th, 2009
betul..alangkah bagusnya jikalau semua pihak terutama parents sentiasa ada kesedaran diri..senang selesai masalah tp ni masing2 ego, angkuh..hal begini bukn sahaja berlaku kpd bangsa lain, dlm keluarga pn timbul rasa benci membenci ni, sehingga sanggup putus saudara…pa sdh jadi…hanya Tuhan yg maha mengetahuinya…
san Reply:
June 30th, 2009 at 1:42 am
Ya.. betul juga lah..hehehe
12:50 am on July 26th, 2009
san memang betul. sa setuju dengn pendapat kamu tu…sa beharap sangatlah dengan adanya usaha kerajaan yang telah mengadakan Integrasi perpaduan kaum (RIMUP) di sekolah2…moga2 saja cara ini dapat membantu anak2 seperti cerita di atas agar lebih awal mengethui maksud sebenar RIMUP ni…*san kalo sa tekeluar tajuk, sa minta maaf kio..