Welcome...

Hai, apa khabarsemua?

Inilah bah kehidupan kan...Sungguh Luar Biasa.... Selamat datang ke blog saya. Jika anda benar-benar ingin mengetahui kewujudan sebenar blog ini, saya cadangkan supaya KLIK SINI. Iklan sekejap. Lawati www.rocksoft.com.my untuk mendapatkan INFO mengenai Domain dan Hosting dengan harga yang berpatutan. Terima kasih!!!!

117 views ,

Michael Jackson-POP

Written by san on June 27, 2009 117 views

Pada mulanya saya tak percaya yang Michael Jackson atau dikenali sebagai “King of pop” dah mati sebab kadang-kadang media pun tak boleh dipercayai juga, sedikit saja kabar angin yang belum tentu kebenarannya, terus disiarkan didada akhbar tapi saya pastikan ini betul-betul, betul.

Biasalah nak cari makan, tak ada benda yang nak disiarkan, orang ramai pula akan menjadi seperti cacing kehausan kerana dahagakan ilmu.

Bukan senang nak mengesahkan kebenarannya sebab dunia sekarang dah gila, dah rosak dan kadang-kadang tidak boleh dipercayai lagi. Kadang-kadang orang buat yang betul pun jadi tak betul, yang tak betul pun jadi betul.

Kalau memang dah buat promosi untuk pakatan tak betul walaupun betul, sudah tentu projek itu akan laris di pasaran tapi halal ke buat kerja macam tu? Tuhan saja yang tahu nanti.

Dunia sekarang kalau tak ada tipu helah, tak boleh cari makan tapi saya masih tertanya-tanya, bolehkah kita cari makan tanpa menggunakan tipu helah?

Mungkin juga tapi menurut pandanganku, semua yang berlaku itu hanya untuk mengklik minda manusia supaya sedar akan sesuatu yang berlaku dan bertindak mengikut jalan lurus yang akan dilaluinya.

Walaupun banyak gossip negetif mengenai Michael Jackson sebelumnya tetapi semua album yang tersimpan dijual di pasaran laku dalam sekelip mata kerana tiada masa lagi media membuat liputan gossip negetif, sudah tentu semuanya positif belaka.

Albumnya tentu laku dalam masa yang singkat sebab orang ramai mulai mempercayai akan kebaikan yang dilakukan oleh MJ melalui gossif positif media walaupun kebenarannya tidak seperti itu.

Alangkah baiknya media membuat liputan akan kebaikan yang dilakukan oleh MJ sebelumnya? Sekarang pesaing MJ mulai timbul dan mereka akan mengambil alih benda lain yang mereka boleh lakukan seperti MJ lakukan sebelumnya namun tidaklah sehebat yang dilakukan oleh MJ.

Baguslah kalau dah betul-betul insaf tapi saya dapat merasakan kematiannya itu bukan disengajakan, tak tahulah betul ke tak firasat saya ini tetapi yang pasti, MJ dah di panggil oleh Tuhan.

Ya, memang tidak disengajakan. Kalau dia sengaja mematikan dirinya sendiri, tentu ada rahsia jahat para pelabur yang dia bongkar tapi kerana dia baik, dia cuma berdiam diri saja dan menyerah pada Tuhan.

Tapi orang anggap dia tak baik sebab nakkan duit dia yang berjuta-juta tu sehingga ada orang yang tak berhenti nak saman beliau, saman dan saman lagi, walaupun perkara kecil yang tidak masuk akal. Cerita ini dinamakan gossip negetif.

Apa yang saya katakan tadi tu, dunia semakin jahat kerana tahu tipu helah dan kelemahan orang ternama, mereka ambil kesempatan di sebalik kelemahan itu dan mulai menyaman untuk mendapatkan wang.

Nasib baiklah aku ini bukan orang ternama, cuma orang kampung yang tidak berpendidikan tinggi tetapi suka membaca buku-buku ilmiah dan falsafah, rajin mengkaji minda sendiri sehingga dapat menilai apa yang orang lain fikirkan walaupun ketepatannya cuma 85% sahaja tetapi aku tetap orang kampung.

Saya amat terharu dengan kematiannya sebab saya meminatinya bukan kerana suaranya sahaja tetapi senikata daripada setiap lagu yang dinyanyikannya itu sungguh menyentuh hati saya sendiri.

Saya berharap MJ berada didalam dalam syurga nanti dan semoga Tuhan memasukkan dia ke dalam syurga dengan memperhatikan kebaikan yang dilakukannya. Amin.

4 Comments to “Michael Jackson-POP”

  1. Phil
    10:20 am on June 28th, 2009

    RIP Michael Jackson!

    san Reply:

    RIP too..

  2. mama5
    1:17 am on June 30th, 2009

    rasa terharu juga diatas pemergian beliau..wlaupun semasa hayatnya tdk begtu meminati identitiny tp sy suka pd sebahagian senikata lagunya terutama sekali lagu ‘heal the worl’

    san Reply:

    Ya, saya pun suka sekali dengan lagunya “Heal The world”. Lagu kadang-kadang saya nyanyi, sambil-sambil nak ejos suara sa.. :D sebab ada part yg tinggi dan ada part yg suaranya direndahkan dengan alunan yg sayu .. hehehehe :D


All Rights Reserved © 2009-2010 by Piasau.Com
Free Counter
Free Counter