Welcome...

Hai, apa khabarsemua?

Inilah bah kehidupan kan...Sungguh Luar Biasa.... Selamat datang ke blog saya. Jika anda benar-benar ingin mengetahui kewujudan sebenar blog ini, saya cadangkan supaya KLIK SINI. Iklan sekejap. Lawati www.rocksoft.com.my untuk mendapatkan INFO mengenai Domain dan Hosting dengan harga yang berpatutan. Terima kasih!!!!

91 views ,

penyakit mental bla bla bla?

Written by san on June 24, 2009 91 views

Kalau penyakit mental itu masalah bla bla bla, ini bererti penyakit ini cuma ada pada orang-orang yang berdepan dengan masalah rakyat, masalah pemimpin, masalah isteri dan anak-anak mereka, masalah orang lain yang terpaksa mereka pikul, masalah keluarga dan akhirnya masalah dunia yang kita fikirkan bersama. Diam-diam ar, rupanya kita semua berpenyakit mental tapi kategori penyakit mental kelas yang ke sepuluh, yang low standard.

Alangkah baiknya kalau ada alternative lain yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kalau tugas mereka adalah penjaga keamanan, mereka pasti banyak berfikir mengenai isterinya yang baru bersalin sakit, anak-anaknya juga mesti pergi ke sekolah dan tiada yang membantu mereka.

Tapi saya tak fikir jauh mengenai hal ini kerana bukan semua tugas yang dilakukan itu bermaksud untuk meninggalkan keluarga mereka di rumah untuk selama-lamanya, hanya mereka yang bertugas sahaja tahu mengenai hal ini. :P

Kemeskinan yang membelenggu masyarakat juga boleh menyebabkan penyakit mental. Penyakit mental yang biasa menjadi mangsa ialah rakyat. Kalau rakyat memberontak kerana sikap pemimpin yang kejam, yang menghadapi penyakit mental pula akan berpindah kepada pemimpin. Rambut para pemimpin pula mulai gugur, akhirnya mereka akan digelar orang yang pintar kepala mereka dah jadi padang jarang padang tekurur, selama tiada keturunan.

Kalau nak digelar professor, mereka pula malu. Hem.. marilah kita doakan para pemimpin kita yang sedang berdepan dengan masalah rakyat, jika tidak penyakit mental rakyat akan membuatkan para pemimpin dunia akan jatuh dan akhirnya rakyat yang akan jadi sengsara.

Nampaknya mereka yang kuat makan ajinomoto pun akan menjadi pintar, tapi tak tau apakah jenis kepintaran yang mereka ada. Doktor kata, kalau kita selalu makan ajinomoto tanpa kawalan, rambut kita akan cepat gugur dan akhirnya botak kepala akan kelihatan di tengah-tengah, percubaan si lalat untuk landing di atas kepala pun tak jadi, nanti dia tergelicir dan menghadapi penyakit mental yang tidak di sangka-sangka.

Kalau tiada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, tentu banyak aduan yang tidak dapat dibaca oleh penerima aduan, penerima aduan juga mungkin akan menghadapi penyakit mental? Penyakit mental ini adalah penyakit berterusan yang membuatkan orang hampir gila dibuatnya, semua penyakitnya adalah berkaitan dengan mental. Mental oh mental, mengapa engkau di jadikan sasaran sebagai tempat untuk penyakit berumah tangga?

Bahagian ini bukan senang untuk dihuraikan, tapi kita memang bertuah, ada Tuhan. Kita masih bergantung kepada Tuhan untuk menyenangkan hati kita, membuatkan hati kita gembira, membuatkan kita faham akan keadaan dunia, membuatkan kita faham bahawa semua yang ada itu cuma bayangan semata-mata, kesakitan yang tidak pernah berakhir, kesakitan sementara yang ada hadnya dan banyak lagi, lagi dan lagi dan lagi, kerana kita percaya kita akan hidup nanti, semuanya hanya permainan dunia untuk menjadikan kita supaya tidak lagi digelar sebagai orang yang berpenyakit mental.

Penyakit mental berakhir apabila kita faham, apabila mereka yang mengalami penyakit mental akan faham apa yang kita faham, apabila kefahaman akan keadaan mereka yang dah sakit mental akan berhenti dan mereka mulai keluar untuk memulakan hidup baru.

Comments are closed.


All Rights Reserved © 2009-2010 by Piasau.Com
Free Counter
Free Counter