Welcome...

Hai, apa khabarsemua?

Inilah bah kehidupan kan...Sungguh Luar Biasa.... Selamat datang ke blog saya. Jika anda benar-benar ingin mengetahui kewujudan sebenar blog ini, saya cadangkan supaya KLIK SINI. Iklan sekejap. Lawati www.rocksoft.com.my untuk mendapatkan INFO mengenai Domain dan Hosting dengan harga yang berpatutan. Terima kasih!!!!

71 views ,

percaya vs tidak percaya

Written by san on June 18, 2009 71 views

Kita akan dapat menilai sesuatu dengan baik di luar kemampuan manusia biasa jika kita berfikir menggunakan hati. Kalau kita tidak percaya, suatu pernyataan yang masuk didalam akal fikiran kita di anggap sebagai permainan biasa namun bagi mereka yang mengetahui kebenarannya, mereka akan dapat menilai dengan benar sehingga ada kepastian yang mereka dapat didalam hati mereka.

Memang sangat lucu kalau kita tidak percaya, malahan kita akan mengejeknya seperti yang berlaku kepada nabi Nuh. Dia ditertawakan oleh orang lain kerana membuat bahtera sedangkan tiada tanda-tanda hujan akan turun. Kalau kita menghadapi situasi seperti yang berlaku kepada nabi nuh, memang tiada yang percaya, kecuali nabi nuh dan keluarganya sahaja.

Bagaimana mungkin Tuhan berbicara dengan orang yang bukan pilihanNya ? Sudah tentu mereka akan mengetawakan nabi Nuh dan inilah masanya Tuhan menilai siapa yang setia dan jujur kepadaNya.

Manusia yang pintar tidak mungkin pintar di hadapan Tuhan dan begitu juga sebaliknya. Kalau kita menganggap kebenaran itu sesuatu yang lucu dan hanya permainan biasa, maka kita hanya bermain dengan kebenaran lalu kita akan mentertawakan orang lain, dengan niat untuk mengejek atau merasa lucu dengan pekerjaan Tuhan. Sebagai balasannya, kita tidak akan mendapat apa-apa berita daripada suara hatiNya dan tiada berkat yang kita terima daripadaNya.

Adakah anda suka mentertawakan kebenaran? Ini selalu berlaku didalam hidup kita sendiri. Kita tidak percaya atau hanya bersikap tidak peduli dengan sesuatu yang berlaku, apatalah lagi kalau orang itu berkata benar dan kita tidak percaya.

Kalau kita menggunakan akal fikiran atau kekuatan manusiawi kita menilai sesuatu yang tidak pernah kita alami, maka kita tidak akan mendapat apa-apa kerana hal yang tersembunyi itu dapat dinilai dengan mata rohani.

Percaya ialah sesuatu yang unik dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kalau kita sekadar membaca kemudian menilai dengan fikiran manusiawi, kita tidak akan mendapat apa-apa.

Pernahkah kita mentertawakan orang lain kerana kebodohan mereka? Kita mungkin merasa lucu atau hati kita ketawa tetapi benarkah kita ketawa hanya untuk menghibur hati atau mengejek orang lain? Ini mungkin terlalu sukar untuk dinilai kecuali kita tahu kebenaran di sebalik penilaian kita.

Kita merasa lucu kerana kita percaya atau kita lucu kerana tidak percaya? Kalau kita lucu kerana tidak percaya, kita hanya mengetawakan diri kita sendiri. Kalau kita lucu kerana kita percaya, kita tidak mungkin akan menghina orang lain.

Comments are closed.


All Rights Reserved © 2009-2010 by Piasau.Com
Free Counter
Free Counter