Welcome...

Hai, apa khabarsemua?

Inilah bah kehidupan kan...Sungguh Luar Biasa.... Selamat datang ke blog saya. Jika anda benar-benar ingin mengetahui kewujudan sebenar blog ini, saya cadangkan supaya KLIK SINI. Iklan sekejap. Lawati www.rocksoft.com.my untuk mendapatkan INFO mengenai Domain dan Hosting dengan harga yang berpatutan. Terima kasih!!!!

113 views ,

Simcard-Contest $9000 untuk dimenangi

Written by san on November 21, 2007 113 views

Video di atas hanya sekadar hiburan dan tiada kaitan dengan Simcard Contest.

Pagi tadi 10.47am , saya telah menerima SMS dari seberang laut atau mereka berada di dalam negeri tetapi menggunakan teknik lain untuk memalsukan nombor HP.SMS yang saya terima bernombor : +628194250716 dan tertulis Reply Centre Defined .SMS adalah seperti berikut :

„Tahniah , Simcard anda meme-nangi hadiah wang tunai $9000 dari KONTES DANGDUT TPI (KDI) . Sila hubungi 006285255249999.Terima kasih „

Jika sesiapa mendapat SMS seperti yang tertulis di atas,sila jangan percaya atau wang anda akan hangus.Jangan tertipu !!!.

Saya pasti orang yang menghantar SMS ini cuba membuat penipuan.Dia atau mereka ini mempunyai kumpulan atau geng sendiri atau dilakukan secara individu .

Cuba kita lihat dengan teliti kebenaran SMS ini.

01. Sejak bila saya diberi pengiktirafan bahawa simcard saya telah memenangi contest DANGDUT TPI (KDI) ? .TPI adalah satu siaran atau hiburan yang terkenal di indonesia.Individu atau mereka menggunakan nama TPI untuk membuat penipuan.Mengapa penghantar SMS ini tidak menggunakan namanya sendiri ? Kalau seandainya saya memenangi wang sebanyak $9000 , mengapa mereka meminta saya menghubungi mereka ? Bukankah $9000 adalah sangat banyak dan tak payahlah menyusahkan saya untuk menelefon orang ini.

02. $9000 adalah hadiah ? wah!!! Orang ini sungguh baik hati.T ma KC banyak-banyak tetapi saya tidak menerima hadiah anda kerana ia hanya nombor dan tidak mungkin akan wujud.

03. Kalau saya menelefon anda,sudah tentu anda akan meminta wang pendahuluan untuk saya supaya dapat mengeluarkan hadiah itu atau meminta wang sebanyak mungkin dari saya supaya dapat mengurus surat itu dan ini untuk proses pengeluaran hadiah.Lepas itu, anda makan wang saya pula bila saya bagi kat awak.

04. Simcard saya ni sudah berusia lebih dari 3 tahun dan kenapa baru sekarang saya memenangi hadiah itu ? Adakah simcard saya ini simcard Majik atau ada keluar bunyi katak bila saya SMS kamu ?Lagipun simcard saya ni tak pandai menyanyi , apalagi nak Bedangdut.

05. Yang lucunya, simcard saya tu memenangi hadiah wang tunai $9000.Wang tunai geng, bukan hutang!! Mungkin simcard saya ni boleh menjelma menjadi orang bunian terutama semasa saya sedang tidur.

06. Dan yang lebih lucu lagi,Simcard saya ni tak pernah join mana-mana contest samaada di indonesia atau mana-mana negara tetapi memenangi hadiah $9000 pula.

Haya, janganlah cuba menipu !! Bikin malu saja.Anda cuba untuk memfitnah TPI , hiburan yang terkenal di indonesia tu ?.Buatlah sesuatu supaya anda dapat bersaing dengan mereka secara positif .Dan jangan pula saya yang jadi mangsa.Sudahlah, kalau kesempitan wang pun.fikirkan cara yang lebih baik supaya dapat wang dengan cara yang halal dan jangan menyusahkan diri sendiri.

2 Comments to “Simcard-Contest $9000 untuk dimenangi”

  1. Hamid
    4:33 pm on November 21st, 2007

    Dulu saudara saya hampir terkena tipu dengan email ni..
    nasib baik masa tu tak boleh bukak akaun bank.. kalau tidak hangus duit tu…

  2. Babywana
    3:19 am on December 7th, 2007

    Simcard saya memenangi $9000?? Wow.. Gue happy bangat! DASAR PENIPU.. Ternyata saya lebih pintar dr penipuan kmu! Puas ati gue. Awasin, gue sue atas dasar penipuan kalian, kalian akn mbyr lebih dri $9000 so better get a lawyer for it..Mampus deh l0h !


All Rights Reserved © 2009-2010 by Piasau.Com
Free Counter
Free Counter